Selasa, 8 Oktober 2013

HUKUM MEMAKAI TUASA

SALAM......pada kali ini saya ingin memperkatakan hukum memakai tuasa.. iaitu sejenis logam ganjil .mengapa saya katakan logam ganjil ?? kerana logam tuasa ini hanya wujud di malaysia sahaja yang mengambarakan emas dengan campuran perak dan tembaga .. tuasa merupakan emas 9 karat bersamaan (37,5% emas) dengan pebagai warna ...terdapat enam warna mengikut nisbah campuran emas iaitu        
putih , kuning pucat, kuning, kuning pekat, pink, merah , oleh yang demikian bagi mengelakan kekeliruan bagi yang bergelar muslim kerana tuasa adalah sebahagian daripada emas




            sudah menjadi masyhur di kalangan masyarakat kita hukum memakai emas adalah haram dan perak adalah harus bagi lelaki. memakai sebentuk cincin perak niat ikut sunah nabi adalah sunat.dua harus dan tiga haram.
          adapun hukum haram memakai tuasa kurang masyhur di dalam masyarakat kita ramai orang berkata hukum memakai tuasa adalah harus .malangnya terkadang ada juga orang yang dianggap sebagai ahli agama menyokong pendapat yang salah itu
           tuasa tidak terdapat di zaman nabi. ia adalah barang baru.oleh itu tiada hadis menceritakan tentang hukumnya. tuasa adalah hasil campuran emas dengan tembaga serta logam lain. oleh sebab itu orang yang memakai tuasa pada hakikatnya memakai emas juga tetapi yang bercampur. berkata abu sujak seorang ulamak yang masyhur , hukum lelaki pakai emas itu mutlak ( samada bercampur atau tidak )
       ada orang yang berhujah dengan katanya "boleh pakai tuasa kalau sedikit emas daripada campuran logam lain".perkataan ini betul tetapi tiada tempat mengunakannya, kerana sekurang-kurang emas pada campuran tuasa itu satu perdua dan tuasa yang elok hendaklah banyak emas daripada logam lain. adapun sedikit emas daripada logam lain tidak di buat kerana tuasa akan berkarat. ada pula yang berkata "orang laki-laki boleh pakai tuasa kalau tidak boleh dikeluarakan emasnya bila dibakar hancur"perkataan ini juga betul tapi tidak berlaku kerana maksud yang dikehendaki oleh ulamak fekah pada katanya tidak boleh dikeluarkan emas itu ialah bila emas sangat sedikit sehingga bila di hancurkan tuasa. emas akan jadi tahi logam . berkata seorang tukang emas yang pernah saya jumpai yang mahir dan boleh di percayai di kuala terengganu "boleh dikeluarkan emas daripada tuasa tapi payah (susah) kesimpulanya. hukum bagi laki-laki memakai tuasa adalah haram dengan tiada kesamaran lagi..

dengan ini terjawablah persoalan yang menjadi tanda tanya bagi pengemar logam tuasa
.sekian  terima kasih 

Selasa, 29 Januari 2013

permata

                 JENIS -JENIS BATU PERMATA YANG BERNILAI DAN SEPARA                                              

                              BERNILAI DAN PERAWATAN BAGI PENYAKIT    

                                           
                                                           AMETHYST CELIXIR
AQUAMARINE
DIAMOND

         
EMERALD



GARNET


OPAL


PEARL


PERIDOT

RUBY


SAPPHIRE

TOPAZ


TURQUOISE   

1. ACNE (jerawat)
    batu yang digunakan adalah batu kecubung (amethyst celixir) yang bewarna ungu.
                                                                           
2. ADDICTIONS (masalah ketagihan)
    batu kecubung ungu dan kuntize

3. ALTITUDE sicuness (kegayatan ketinggian)
    batu cuprite

4. ALZHEIMER`S (angin ahmar)
    batu yang digunakan adalah permata jenis kuarza @ chalcedony @ obsidian.

5. ANEMIA (darah rendah @ kekurangan darah)
    permata harimau (tiger eye) dan batu delima @ ruby ,tourmaline

6. ANGINA (sakit jantung)
    batu permata yang digunakan adalah zamrud (emerald) @dioptase.

7. ANOREXIA ( kurang berat badan)
    permata kuarza mawar (rose quartiz)

8. APPENDICTIS (apendiks)
    permata chrysolite.

9. ARTHRITIS (penyakit lenguh sendi @ tulang)
    permata kecubung ungu, permata azurite biru (azurite),batu delima merah ( garnet), batu mineral putih      (fluorite) malachite.

10. ASSIMILITE CALSIUM AND MAGNESIUM (penyerapan) kalsium dan magnesium
     batu geliga ular ( serpetine )@ kunzit kuning.

11. ASSIMILATE IRON ( penyerapan besi )
     permata berbentuk platinum (rhoddnite).

12. ASSIMILATE MINERALS (penyerapan mineral)
     batu ladam (jasper) berwana kuning kelabu -abuan @ chacedony.

13. ASSIMILATE PROTEINS (penyerapan protein)
      permata baiduri (opal)

14. ASSIMILATE VITAMINS AND MINERALS (penyerapan)
     batu delima merah ( garnet)

15. ASSIMILATE VITAMIN A DAN E ( penyerapan )
     batu permata obsidian ( biru dan kuning)

16. ASTHMA (asma)
     batu damar (amber), batu kecubung (amethyst) batu permata harimau (tiger eye`s) ,permata nilam    (sappire) @ morganite.

17. BACKACHE ( sakit belakang)
      batu permata nilam (sappire ), batu magnesium

18. BALENCE ORGAN FUNCTION (seimbang anggota)
      batu magnesium @ magnetite

19. BILE DUCT ( sakit hempedu)
       jasper @ batu ladam

20. BIRTH CONTRACTION,STREEN GTHEN (sakit bersalin)
      batu peridot

21. BLACKOUTS (hilang ingatan)
      batu permata (lapis lazau)

22. BLADDER (sakit pundi kencing)
      batu delima ( ruby ) dan permata nilam ( sappire)

23. BLOATING (bengkak @ gelembung)
       batu ladam yang bewarna hijau (green jasper)

24. BLOOD (pendarahan)
      batu akik api @ batu agat (fire agate)

25. BLOOD CLEANSING (pembersih darah)
      batu kecubung ungu ( amethyst) batu delima merah (garnet)

26. BLOOD CLOTS (darah pekat)
       batu kecubung ungu (amethsyt)

27. BLOOD POISONING (keracunan)
      pemata ( camerlian) yang bewarna merah tua

28. BLOOD PRESSURE, BALANCE (tekanan darah)
      mineral charoite

29. BLOOD PRESSURE, LOW ( tekanan darah rendah)
      mineral sodium (sodalite)

30. BONE MARROW (tulang sum-sum)
      batu permata yang berasal dari marmar (onya)

31. BOWELS (penyakit usus)
      batu ladam (jasper)

32. BREATHLESSNESS
      amber (batu damar) @ amethyst ( batu permata kecubung bewarna ungu)

33. BURSITIS (penyakit kulit)
      batu damar (amber)

34.CATARRH (penyakit hidung @ kerongkong)
      batu permata `topaz' yang bewarna kekuningan.

35. CHIKENPOX (campak)
      batu permata `topaz' yang bewarna kekuningan .

36. COMPUTER STRESS (tekanan di hadapan skrin)
       mineral florida (fluorite)

37. DIARRHEA ( cirit-birit)
      batu permata kuartza (quartza) yang bewarna putih .

38. DIABETIS
       batu jed (jade)

39. ECZEMA (penyakit kulit)
      batu permata nilam (sapphire)

40. EXHAUSTION (keletihan)
       yellow jasper (batu permata ladam bewarna kuning)

41. EPI LEPSY (sawan)
       batu permata ladam. (jasper)

42. FEVERS (demam panas)
      batu delima merah (ruby)

43. FEET BURNING (terbakar)
      batu permata berasal dari marmar (onya)

44. GALL BLADDER (bengkak pundi kencing)
       batu permata ladam (jasper) dan permata topaz yang yang berwarna kekuningan

45. GOITER (saraf leher @ bengkuk)
       batu damar (amber)

46. GOUT
       batu permata topaz kekuningan

47. HEADACHE (sakit kepala)
      batu damar (amber) ,batu kecubung ungu (amethyst) batu zamrud (emerald)

48. HEART BURN (ulu hati)
     batu kuarza putih (quartza)@peridot.

49. HIV AND AIDS
      amethyst ( batu kecubung ungu ), jade (jed)

50.HORMONE PRODUCTION (penghasilan hormon)
     amethyst (batu kecubung ungu)

51. IMMUNE SYSTEM (sistem imunisasi tubuh)
      batu kecubung ungu (amethyst),jade (jed), permata kuarza (quartza) putih.

52. INSOMNIA (sukar tidur malam)
      batu kecubung ungu (amethyst), batu permata nilam (sappire), permata topaz, berwarna kekuningan.

53. KIDNEY DISEASE (penyakit buah pinggan)
      jade (jed)

54. LARYNGITIS (sakit tekak)
      batu damar (amber),batu agat biru (blue lace agate)

55. LIVER FUNCTION (fungsi hati)
      batu kecubung ungu (amethyst),batu ladam (jasper) batu jed (jade) dan topaz.

56. MENOPAUSAL SYSTEM
      batu delima merah (garnet) ,ruby.

57.MUSCLE STRAIN (sakit otot)
      batu magnesium (magnetite)

58. NAUSE (rasa loya, mual)
      batu ladam (jasper),batu zamrud (emerald)

59. NEURALGIA (sakit saraf)
      batu damar (amber), batu kecubung (amethyst)

60. SCAR TISSUE  (parut)
      batu permata kuarza ros (rose quartza)

61. SCIATICA (sakit pinggan)
       batu nilam (sapphire)
   
62. SORES (murung)
      batu permata kuartza kalkedoni (chalcedony)



artikel di atas adalah perkongsian ilmu sains sahaja . jika benar- benar dapat memulihkan penyakit tersebut dengan izin allah s.w.t... terima kasih kepada yang sudi membantu melengkapakan artikel ini dan kepada semua pembaca maklumbalas anda amat kami hargai tq ...............

facebook: www.facebook.com/fadil.fadhilgold

Sabtu, 26 Januari 2013

jewelrry casting

            

           SALAM ...blogger ini  bukan untuk berniaga hanya untuk perkongsian ilmu sahaja . dalam bidang pertukangan emas .maklumlah sekarang  semua di hujung jari . :-)  oleh yang demikian saya rasa tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu... untuk pembaca- pembaca jika ada sebarang kesilapan saya memohon maaf  ....:-)     


              Kali ini saya kongsikan bagai mana proses pembuatan cincin jewelrry casting . jika nak di banding  kan dengan zaman dahulu cincin di buat mengunakan acuan tulang sotong di mana kerja nya agak lambat dan mengambil masa yang agak lama. pembuatan jewelrry casting yang mengunakan peralatan canggih teknologi terkini , proses pembuatan cincin jewelrry casting tidak mengambil masa yang lama dan dapat mengeluarkan produk dengan kuantiti yang banyak dalam satu satu masa .

 kelebihan 

              tahap kerumitan yang tinggi dapat di capai dan membolehkan pembuatan produk kompleks dan bersaiz kecil .dapat mengeluarkan produk dengan bilangan yang banyak dan menjimatkan masa.

           paten induk di buat berdasarkan reka bentuk yang telah di tentukan terlebih dahulu .biasanya di buat dengan mengukir logam samada perak @ tembaga .produk yang telah siap juga boleh digunakan sebagai paten induk  seperti gambar di atas  .


           paten induk yang siapa tadi akan melalui proses  pembuatan acuan getah  terdapat beberapa jenis acuan getah iaitu
> mould rubber
>liquid mould rubber
>mould compaund
>flexibe rabbel mould

 mould rubber 

      biasanya di malaysia pengunaan  mould rubber lebih meluas  kerana kos nya agak rendah jika nak dibandingkan  dengan mould compaund dan lain-lain. seperti gambarajah di atas. getah sebelum di gunakan berbentuk kepingan  ketebalan getah 0.4mm  biasanya untuk sebentuk cincin lelaki memerlukan sembilan kepingan mengikut saiz dan ketebalan cincin .getah tersebut hendaklah di potong mengikut saiz frame . kemudian di cantum menjadi lapisan pada frame paten induk di tanam di dalam getah tersebut . selesai proses  melapis getah di panaskan  mengunakan mesin vacuinezer.
   


proses ini untuk menimbul kan bentuk cincin yang di tanam tadi pada getah.  getah yang telah sejuk tadi di membelah mengunakan pisau bedah kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku kemalangan.selesai proses membelah untuk mengeluarkan paten induk . getah tersebut di sembur dengan silicom sejenis cecair untuk melicinkan permukaan getah untuk mengelakkan getah yang di belah tadi bercantum kembali .seterusnya memudahkan  proses mengeluarkan paten lilin dari acuan getah tersebut

 getah yang di sembur silikon di pancutkan lilin ke dalam getah tersebut mengunakan mesin vacum wax injector dan lilin yang keras tadi di keluarkan yang berbentuk cincin



                      lilin tadi di  akan di bentuk menjadi pokok lilin dan di cantum satu persatu

       seterusnya pokok lilin tersebut di masukan ke dalam blog yang berbentuk kon campuran slurry di masuk kan ke dalam kon tersebut . slurry sejenis tepung khas untuk pembuatan jwelrry casting  .untuk membentuk acuan cincin . blog yang mengandungi  pokok lilin tadi di masuk kan ke dalam  vakum  seperti gambarajah di bawah
      
tujuan masukkan blog yang mengandungi pokok lilin tersebut ke dalam vakum untuk memastikan  bebas dari kandungan udara supaya  tidak terjejas mutu acuan tersebut.. seterusnya apabila slurry tersebut kering dan keras  blog yang mengandungi pokok lilin tadi di bakar di dalam oven

tujuan pembakaran acuan blog  untuk membuang lilin yang terkandung di dalam blog tersebut. pembakaran ini mengambil masa selama enam jam . dibakar dengan suhu yg di tetapkan  750c  kemudian suhu diturunkan ke 650 c dalam masa yang sama logam di cairkan di dalam relev seperti rajah di bawah
                                                                                                         

 proses pencairan logam  suhu 1100c sesuai untuk penuangan ke dalam blog.blog tadi di masukkan ke dalam vakum untuk memudahkan cairan logam masuk ke ruangan sempit di dalam blog tersebut. (dalam gambarajah tersebut mengandungi dua mesin sebelah kanan dapur @periuk untuk mencair logam manakala sebelah kiri vakum )

cairan logam tadi di tuang ke dalam blog untuk memenuhkan ruangan kosong di dalam blog tersebut.  selesai proses penuangan tadi blog yang mengandungi logam tadi di biarkan sejuk untuk mengeluarkan pokok cincin




hasil tuangan tadi dibersihkan dan di potong satu persatu. kerja-kerja akhir mengikir dan memelas mengunakan kertas pasir dan mengilat

                                                 produk yang telah siap dibersih dan di gilap

nota : saya memohon maaf jika terdapat kesilapan dalam artikel di atas. saya akan perbaiki di lain masa :-)



                   terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya

                                                          semoga bermanfaat