SALAM......pada kali ini saya ingin memperkatakan hukum memakai tuasa.. iaitu sejenis logam ganjil .mengapa saya katakan logam ganjil ?? kerana logam tuasa ini hanya wujud di malaysia sahaja yang mengambarakan emas dengan campuran perak dan tembaga .. tuasa merupakan emas 9 karat bersamaan (37,5% emas) dengan pebagai warna ...terdapat enam warna mengikut nisbah campuran emas iaitu
putih , kuning pucat, kuning, kuning pekat, pink, merah , oleh yang demikian bagi mengelakan kekeliruan bagi yang bergelar muslim kerana tuasa adalah sebahagian daripada emas
sudah menjadi masyhur di kalangan masyarakat kita hukum memakai emas adalah haram dan perak adalah harus bagi lelaki. memakai sebentuk cincin perak niat ikut sunah nabi adalah sunat.dua harus dan tiga haram.
adapun hukum haram memakai tuasa kurang masyhur di dalam masyarakat kita ramai orang berkata hukum memakai tuasa adalah harus .malangnya terkadang ada juga orang yang dianggap sebagai ahli agama menyokong pendapat yang salah itu
tuasa tidak terdapat di zaman nabi. ia adalah barang baru.oleh itu tiada hadis menceritakan tentang hukumnya. tuasa adalah hasil campuran emas dengan tembaga serta logam lain. oleh sebab itu orang yang memakai tuasa pada hakikatnya memakai emas juga tetapi yang bercampur. berkata abu sujak seorang ulamak yang masyhur , hukum lelaki pakai emas itu mutlak ( samada bercampur atau tidak )
ada orang yang berhujah dengan katanya "boleh pakai tuasa kalau sedikit emas daripada campuran logam lain".perkataan ini betul tetapi tiada tempat mengunakannya, kerana sekurang-kurang emas pada campuran tuasa itu satu perdua dan tuasa yang elok hendaklah banyak emas daripada logam lain. adapun sedikit emas daripada logam lain tidak di buat kerana tuasa akan berkarat. ada pula yang berkata "orang laki-laki boleh pakai tuasa kalau tidak boleh dikeluarakan emasnya bila dibakar hancur"perkataan ini juga betul tapi tidak berlaku kerana maksud yang dikehendaki oleh ulamak fekah pada katanya tidak boleh dikeluarkan emas itu ialah bila emas sangat sedikit sehingga bila di hancurkan tuasa. emas akan jadi tahi logam . berkata seorang tukang emas yang pernah saya jumpai yang mahir dan boleh di percayai di kuala terengganu "boleh dikeluarkan emas daripada tuasa tapi payah (susah) kesimpulanya. hukum bagi laki-laki memakai tuasa adalah haram dengan tiada kesamaran lagi..
dengan ini terjawablah persoalan yang menjadi tanda tanya bagi pengemar logam tuasa
.sekian terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan