Sabtu, 26 Januari 2013

jewelrry casting

            

           SALAM ...blogger ini  bukan untuk berniaga hanya untuk perkongsian ilmu sahaja . dalam bidang pertukangan emas .maklumlah sekarang  semua di hujung jari . :-)  oleh yang demikian saya rasa tertarik untuk berkongsi sedikit ilmu... untuk pembaca- pembaca jika ada sebarang kesilapan saya memohon maaf  ....:-)     


              Kali ini saya kongsikan bagai mana proses pembuatan cincin jewelrry casting . jika nak di banding  kan dengan zaman dahulu cincin di buat mengunakan acuan tulang sotong di mana kerja nya agak lambat dan mengambil masa yang agak lama. pembuatan jewelrry casting yang mengunakan peralatan canggih teknologi terkini , proses pembuatan cincin jewelrry casting tidak mengambil masa yang lama dan dapat mengeluarkan produk dengan kuantiti yang banyak dalam satu satu masa .

 kelebihan 

              tahap kerumitan yang tinggi dapat di capai dan membolehkan pembuatan produk kompleks dan bersaiz kecil .dapat mengeluarkan produk dengan bilangan yang banyak dan menjimatkan masa.

           paten induk di buat berdasarkan reka bentuk yang telah di tentukan terlebih dahulu .biasanya di buat dengan mengukir logam samada perak @ tembaga .produk yang telah siap juga boleh digunakan sebagai paten induk  seperti gambar di atas  .


           paten induk yang siapa tadi akan melalui proses  pembuatan acuan getah  terdapat beberapa jenis acuan getah iaitu
> mould rubber
>liquid mould rubber
>mould compaund
>flexibe rabbel mould

 mould rubber 

      biasanya di malaysia pengunaan  mould rubber lebih meluas  kerana kos nya agak rendah jika nak dibandingkan  dengan mould compaund dan lain-lain. seperti gambarajah di atas. getah sebelum di gunakan berbentuk kepingan  ketebalan getah 0.4mm  biasanya untuk sebentuk cincin lelaki memerlukan sembilan kepingan mengikut saiz dan ketebalan cincin .getah tersebut hendaklah di potong mengikut saiz frame . kemudian di cantum menjadi lapisan pada frame paten induk di tanam di dalam getah tersebut . selesai proses  melapis getah di panaskan  mengunakan mesin vacuinezer.
   


proses ini untuk menimbul kan bentuk cincin yang di tanam tadi pada getah.  getah yang telah sejuk tadi di membelah mengunakan pisau bedah kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku kemalangan.selesai proses membelah untuk mengeluarkan paten induk . getah tersebut di sembur dengan silicom sejenis cecair untuk melicinkan permukaan getah untuk mengelakkan getah yang di belah tadi bercantum kembali .seterusnya memudahkan  proses mengeluarkan paten lilin dari acuan getah tersebut

 getah yang di sembur silikon di pancutkan lilin ke dalam getah tersebut mengunakan mesin vacum wax injector dan lilin yang keras tadi di keluarkan yang berbentuk cincin



                      lilin tadi di  akan di bentuk menjadi pokok lilin dan di cantum satu persatu

       seterusnya pokok lilin tersebut di masukan ke dalam blog yang berbentuk kon campuran slurry di masuk kan ke dalam kon tersebut . slurry sejenis tepung khas untuk pembuatan jwelrry casting  .untuk membentuk acuan cincin . blog yang mengandungi  pokok lilin tadi di masuk kan ke dalam  vakum  seperti gambarajah di bawah
      
tujuan masukkan blog yang mengandungi pokok lilin tersebut ke dalam vakum untuk memastikan  bebas dari kandungan udara supaya  tidak terjejas mutu acuan tersebut.. seterusnya apabila slurry tersebut kering dan keras  blog yang mengandungi pokok lilin tadi di bakar di dalam oven

tujuan pembakaran acuan blog  untuk membuang lilin yang terkandung di dalam blog tersebut. pembakaran ini mengambil masa selama enam jam . dibakar dengan suhu yg di tetapkan  750c  kemudian suhu diturunkan ke 650 c dalam masa yang sama logam di cairkan di dalam relev seperti rajah di bawah
                                                                                                         

 proses pencairan logam  suhu 1100c sesuai untuk penuangan ke dalam blog.blog tadi di masukkan ke dalam vakum untuk memudahkan cairan logam masuk ke ruangan sempit di dalam blog tersebut. (dalam gambarajah tersebut mengandungi dua mesin sebelah kanan dapur @periuk untuk mencair logam manakala sebelah kiri vakum )

cairan logam tadi di tuang ke dalam blog untuk memenuhkan ruangan kosong di dalam blog tersebut.  selesai proses penuangan tadi blog yang mengandungi logam tadi di biarkan sejuk untuk mengeluarkan pokok cincin




hasil tuangan tadi dibersihkan dan di potong satu persatu. kerja-kerja akhir mengikir dan memelas mengunakan kertas pasir dan mengilat

                                                 produk yang telah siap dibersih dan di gilap

nota : saya memohon maaf jika terdapat kesilapan dalam artikel di atas. saya akan perbaiki di lain masa :-)



                   terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya

                                                          semoga bermanfaat


11 ulasan:

  1. Boss saya ingin tnya mesin semo tu beli kan mana ?dan kalau nak beli tuan boleh tolong urus kan tak ...

    BalasPadam
  2. tuan,saya minat untuk mempelajari ilmu ini

    BalasPadam
  3. Salam tuan
    Saya berhasrat ingin belajar casting cincin Perak ini dimana saya bolih belajar jika ada no telifon lagi baik wsap saya 019 479 3630

    BalasPadam
  4. Salam tuan
    Saya berhasrat ingin belajar casting cincin Perak ini dimana saya bolih belajar jika ada no telifon lagi baik wsap saya 019 479 3630

    BalasPadam
  5. Salam tuan
    Kenapa pertanyaan tidak ada sekarang respond

    BalasPadam
  6. Salam tuan
    Kenapa pertanyaan tidak ada sekarang respond

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan boleh wsapp sy sebarang pertanyaan 0148078815

      Padam
  7. Maaf semua atas kekangan masa dan kerja sy tidak sempat meninjau blog ..bagi yang berminat mempelajari ilmu asas pertukangan emas boleh hubungi sy @ wsapp 0148078815.terima kasih

    BalasPadam